Thursday 24 November 2011

tips bahasa melayu

Kata kerja transitif

Kata kerja terbahagi kepada : 
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 

A. Kata Kerja Transitif 
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan �me-� sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 

Kata Arah

Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.

Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.

Contoh

AtasBawahTepiAntara
HadapanUtaraSisiLuar

Semua hidang itu diletakkan di atas meja.

Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.

Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

Sunday 23 October 2011

Mengenai saya




Nama: Choon Tze Sia

No. Matrik:  D20102042059

Group: EL-B12

Tugasan : KRT 3013 ( Teknolgi Maklumat Sekolah Rendah)

PPG UPSI TANJUNG MALIM

Monday 10 October 2011

Kata Tanya

1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa
Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila
Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa
Engkau ini siapa ?
mengapa
Mengapakah baju awak ini basah ?
apa
Apakah nama binatang itu ?
bagaimana
Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa
Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana
Nelayan itu dari mana ?

Saturday 10 September 2011

Latihan Kata adjektif

Gariskan kata adjektif yang sesuai

 1.Daging itu dihiris ( nipis, bulat ) agat cepat empuk.
 2.Saya suka makan keropok kerana rasanya ( sedap,pahit).
3. Dia datang (lewat, lanjut ) kerana rumahnya jauh dari sekolah.
4.Rina berasa (penat,segar ) kerana bersenam selama sejam.
5.Udara di pergunungan itu memang ( enak,nyaman).

Friday 2 September 2011

salam perkenalan...

selamat sejahtera...

Tujuan blog ini dibina kerana memenuhi tugasan yang dikehendaki.Semoga dengan kewujudan blog ini akan memberi manfaat kepada para pembaca dan dapat dijadikan panduan.